Blog Utama Saya :-

Khamis, 23 April 2015

Jawapan Padat Mengenai Maulid Nabi

Jawapan padat mengenai maulid nabi

أقوال بعض كبار علماء أهل السنة والجماعة
في مشروعيّة الاحتفال بالمولد النبوي الشريف :
Pandangan-pandangan sebahagian ulama besar Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang pensyariatan menyambut Hari Kelahiran Baginda yang mulia:

1- قال الشيخ ابن تيمية رحمه الله : (فتعظيم المولد واتخاذه موسماً قد يفعله بعض النّاس , ويكون له فيه أجر عظيم لحسن قصده وتعظيمه لرسول الله صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم ) اقتضاء الصراط المستقيم في مخالفة أصحاب الجحيم لابن تيمية (1/297)
Berkata Syeikh Ibnu Tamiyyah rahimahullah:
"Mengagungkan hari kelahiran Baginda dan meletakkan musim padanya seperti yang telah dilakukan oleh sebahagian manusia, maka baginya mendapat pahala yang sangat besar kerana tujuan yang baik dalam masa yang sama mengagungkan Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wa 'Wassalam dan ahli keluarga serta sahabat baginda"

2- قال الإمام أبو شامة شيخ الإمام النووي رحمهما الله : ( ومن أحسن ما ابتدع في زماننا ما يفعل كلّ عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم من الصدقات والمعروف , وإظهار الزينة والسرور , فإنّ ذلك مع ما فيه من الإحسان للفقراء مشعر بمحبّته صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم , وتعظيمه في قلب فاعل ذلك , وشكراً لله على ما منَّ به من إيجاد رسوله صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم الذي أرسله رحمة للعالمين ) السيرة الحلبية لعلي بن برهان الدّين الحلبي (1/83- 84)
Berkata Syeikh Abu Shamah Syeikhul Imam An-Nawawi rahimahumallah:
"Di antara bid'ah yang terbaik pada zaman kita ialah apa yang dilakukan pada setiap tahun yang bertepatan pada hari kelahiran Baginda Nabi Sallallahu Alahi Wassalam dengan melakukan amalan sedekah, kebaikan, menunjukkan keindahan dan kegembiraan. Dalam masa yang sama, juga terdapat kebaikan bagi golongan fuqara turut merasai kasih sayang Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam dan itu juga akan turut dirasai bagi mereka yang mempunyai hati nurani. Bersyukurlah kepada Allah dengan nikmat kurniaan yang agung iaitu nikmat kewujudan baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam sebagai pembawa rahmat ke sekalian alam"

3- قال الإمام السّخاوي رحمه الله : ( لم يفعله أحد من السّلف في القرون الثلاثة , وإنّما حدث بعد , ثمّ لا زال أهل الإسلام من سائر الأقطار والمدن يعملون المولد , ويتصدّقون في لياليه بأنواع الصّدقات , ويعتنون بقراءة مولده الكريم , ويظهر عليهم من بركاته كلّ فضل عميم ) السيرة الحلبية لعلي بن برهان الدّين الحلبي (1/83- 84)
Berkata Imam As-Sakhawi rahimahullah:
"Sambutan kelahiran Baginda Nabi tidak pernah dilakukan oleh salafus soleh pada tiga kurun pertama, tetapi dilakukan generasi selepasnya, kemudian berterusanlah masyarakat Islam dari pelbagai pelusuk bumi dan bandar menganjurkan majlis maulid, mereka memberi sedekah pada malam kelahiran baginda dengan pelbagai bentuk sedekah dan juga memberi perhatian dengan pembacaan maulid yang mulia, lalu dengan keberkatan itu terpancarlah kurniaan yang menyeluruh kepada masyarakat awam"

4- قال الإمام ابن الجزري رحمه الله : ( من خواصِّه أنّه أمان في ذلك العام , وبشرى عاجلة بنيل البغية والمرام ) السيرة الحلبية لعلي بن برهان الدّين الحلبي (1/83- 84)
Telah berkata Imam Ibnu Al-Jazari rahimahullah:
" Di antara keistimewaan sambutan maulid itu, seseorang yang menyambutnya akan aman pada tahun itu dan diberikan berita gembira yang telah disegerakan kepada mereka iaitu mendapat ketinggian dan kemuliaan"

5- قال الإمام السّيوطي رحمه الله : ( هو من البدع الحسنة التي يثاب عليها صاحبها ؛ لما فيه من تعظيم قدر النبيّ صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم وإظهار الفرح والاستبشار بمولده الشريف ) الحاوي للفتاوي (1/292)
Berkata Imam As-Suyuti rahimahullah:
"Sambutan maulid itu merupakan bid'ah yang baik bahkan akan diberi pahala orang yang melakukannya, kerana di situ terdapat usaha mengagungkan nilai ketinggian Nabi Sallallahu Alaihi Waalihi Wa Sohbihi Wassalam dengan menunjukkan kegembiraan dan mengajak orang lain untuk berseronok dengan kelahiran Baginda"

6- وقال أيضاً : ( يستحبُّ لنا إظهار الشكر بمولده صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم , والاجتماع , وإطعام الطعام , ونحو ذلك من وجوه القربات , وإظهار المسرّات ) الحاوي للفتاوي (1/292)
Imam As-Suyuti juga berkata lagi:
"Disunatkan bagi kita menunjukkan rasa syukur dengan hari kelah
iran Baginda dengan berhimpun, memberi makanan dan sebagainya yang termasuk dalam perkara yang mendekatkan diri kepada ALLAH serta menunjukkan kegembiraan akan perkara itu"

7- وقال أيضاً : ( ما من بيت أو محلّ أو مسجد قُرِئ فيه مولد النبيّ صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم إلا حفّت الملائكة أهل ذلك المكان , وعمهم الله تعالى بالرحمة والرضوان ) الوسائل في شرح المسائل للسّيوطي
Beliau juga menambah:
"Tidak ada suatu rumah atau tempat atau masjid yang dibaca padanya tentang kelahiran Baginda Nabi Salallahu Alaihi Wa Alihi Wasohbihi Wassalam melainkan ahli tempat/masyarakat tempat tersebut akan dikelilingi para malaikat dan Allah akan melimpahkan mereka dengan rahmat serta keredhaanNya"

8- قال الإمام ابن الحاج رحمه الله : ( فكان يجب أن نزداد يوم الاثنين الثاني عشر في ربيع الأول من العبادات , والخير شكراً للمولى على ما أولانا من هذه النعم العظيمة ؛ وأعظمها ميلاد المصطفى صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم ) المدخل (1/361)
Berkata Imam Ibn Al-Haj rahimahullah:
Maka wajiblah pada setiap kali hari Isnin tanggal 12 Rabiul Awal untuk menambahkan pelbagai bentuk ibadah dan kebaikan sebagai bukti bersyukur kepada ALLAH yang telah mengurniakan kepada kita nikmat ini, dan di antara nikmat yang terbesar itu ialah kelahiran baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam"

9- قال الإمام زيني دحلان رحمه الله : ( ومن تعظيمه صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم الفرح بليلة ولادته , وقراءة المولد ) الدّرر السنيّة (190)
Berkata Al-Imam Zaini Dahlan rahimahullah:
"Di antara bentuk mengagungkan baginda Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam ialah bergembira pada malam hari kelahiran baginda dan membaca maulid"

10- قال الإمام العراقي رحمه الله : ( إنّ اتخاذ الوليمة , وإطعام الطعام مُستحبٌّ في كلّ وقت , فكيف إذا انضمَّ إلى ذلك الفرح والسرور بظهور نور النبيّ صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم في هذا الشهر الشريف , ولا يلزم من كونه بدعة كونه مكروهاً , فكم من بدعة مستحبّة بل قد تكون واجبة ) شرح المواهب اللدنّيّة للزرقاني
Imam Al-Iraqi rahimahullah berkata:
"Apabila kita membuat kenduri kahwin dan memberi makanan hukumnya adalah sunat pada setiap waktu, bagaimana jika kegembiraan dan riang ria tersebut kita gabungkan dengan kemunculan cahaya Baginda Nabi Sallallahu Alahi Waalihi Wa Sohbihi Wassalam pada bulan yang mulia ini. Dan tidaklah melazimi apabila suatu perkara itu dikatakan bid'ah, ia juga dikatakan makruh, berapa banyak perkara bid'ah yang sunat dilakukan bahkan ada kalanya wajib pula dilakukan"

11- قال الإمام ابن حجر العسقلاني رحمه الله : ( أصل عمل المولد بدعة لم تنقل عن أحد من السّلف الصّالح من القرون الثلاثة, ولكنّها مع ذلك قد اشتملت على محاسن وضدّها , فمن تحرّى في عملها المحاسن , وجنّب ضدّها كان بدعة حسنة , وإلا فلا , وقد ظهر لي تخريجها على أصل ثابت في الصحيحين من أنَّ النبيّ صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم قدم المدينة فوجد اليهود يصومون يوم عاشوراء , فسألهم فقالوا : هو يوم أغرق الله فيه فرعون , ونجّى موسى , فنحن نصومه شكراً لله تعالى , فيستفاد منه الشّكر لله على ما منَّ به في يوم معيّن من إسداء نعمة , أو دفع نقمة , ويعاد ذلك في نظير ذلك اليوم من كلّ سنة , والشكر لله يحصل بأنواع العبادة كالسجود والصيام والصدقة والتلاوة , وأيّ نعمة أعظم من النعمة ببروز هذا النبيّ نبي الرحمة في ذلك اليوم , وعلى هذا فينبغي أن يقتصر فيه على ما يفهم الشكر لله تعالى من التلاوة , والإطعام , وإنشاد شيء من المدائح النبويّة المحرّكة للقلوب إلى فعل الخير والعمل للآخرة , وأمّا ما يتبع ذلك من السماع واللهو وغير ذلك فينبغي أن يقال : : ما كان من ذلك مباحاً بحيث يقتضي السرور لا بأس بإلحاقه به , وما كان حراماً أو مكروهاً فيمنع , وكذا ما كان خلاف الأولى ) الفتاوى الكبرى (1/196)
Berkata Al-Imam Ibnu Hajar Asqolani rahimahullah:
"Asal sambutan maulid itu ialah bid'ah yang tidak pernah diwarisi dari salafus soleh sebelum kurun ke-3, tetapi persoalannya masalah itu berlegar antara kebaikan dan keburukan, barangsiapa yang mengangapnya terdapat kebaikan dan dapat menjauhkan keburukan, maka itu adalah bid'ah yang baik, jika tidak, ia adalah sebaiknya. Dan keadaan ini telahku temui dari sumber yang kukuh yang terdapat dalam hadis-hadis shohih iaitu:
Bahawasanya Baginda Nabi setelah tiba di Madinah, baginda mendapati kaum yahudi berpuasa pada Hari Asyura lalu baginda bertanya hal tersebut, mereka
menjawab ("Pada hari ini ALLAH telah tenggelamkan Fir'aun, dan telah selamatkan Musa, maka kami berpuasa pada hari ini sebagai tanda bersyukur pada ALLAH TAALA")
Hasil dari itu,ia adalah sebagai tanda bersyukur pada ALLAH dengan nikmat kurniaan itu pada hari tersebut yang merupakan bukti kecukupan nikmat atau menolak bala.
Hari yang sama itu juga akan berulang pada setiap tahun. Dan kesyukuran pada ALLAH itu perlu diterjemahkan dengan melakukan pelbagai jenis ibadat seperti sujud, puasa, sedekah, membaca Al-Quran. Persoalannya, apakah nikmat yang paling agung dengan kemunculan baginda Nabi, Nabi pembawa rahmat dapat dibandingkan pada hari tersebut.
Maka dengan ini, kita ringkaskan kefahaman untuk bersyukur pada ALLAH dengan melakukan pembacaan Al-Quran, memberi makanan, melaungkan beberapa puji-pujian kepada Nabi bagi menggerakkan hati untuk melakukan kebaikan dan beramal untuk akhirat.
Adapun perkara yang melibatkan nyanyian dan hiburan dan sebagainya, maka sewajarnya kita katakan:
"Jika perkara itu dianggap harus dengan mendatangkan kegembiraan, maka tiada masalah dengan kita selitkan bersamanya, adapun jika perkara itu haram atau makruh, maka itu sama sekali tertegah termasuklah jika perkara itu bercanggah dengan keutamaan yang sebenar ( khilaful aula)"

12- قال الإمام ابن عابدين رحمه الله في شرحه على مولد ابن حجر : ( اعلم أنّ من البدع المحمودة عمل المولد الشريف من الشهر الذي ولد فيه صلّى الله عليه وآله وصحبه وسلّم ) وقال أيضاً : ( فالاجتماع لسماع قصّة صاحب المعجزات عليه أفضل الصّلوات وأكمل التّحيات من أعظم القربات لما يشتمل عليه من المعجزات وكثرة الصّلوات )
Berkata Al-Imam Ibnu 'Abidin rahimahullah dalam syarahannya kepada maulid Ibnu Hajar:
"Ketahuilah bahawa bid'ah yang terpuji itu ialah melakukan amal maulid yang mulia pada bulan kelahiran Baginda Nabi Sallallahu Alaihi Waalihi Wa Sohbihi Wassalam"
Beliau berkata lagi:
"Adapun perkumpulan untuk mendengar kisah dari pemilik mukjizat Baginda (sebaik-baik selawat dan kesempurnaan ucapan) adalah merupakan seagung-agung perkara dalam mendekatkan diri kepada ALLAH yang padanya terdapat pelbagai mukjizat dan memperbanyakkan selawat"

ذكر بعض موألف الموالد قديماً :
Beberapa contoh karangan-karangan maulid yang terdahulu:
-الحافظ عبد الرحيم العراقي: توفي 808 هـ، له مولد باسم "المورد الهني في المولد السني".
-الحافظ ابن كثير: توفي 774 هـ، وله مولد طبع بتحقيق صلاح الدين المنجد.
- الحافظ السخاوي: توفي 902 هـ، وله مولد باسم "الفخر العلوي في المولد النبوي".
- الحافظ ابن الجوزي: توفي 597 هـ، وله مولد باسم "العروس"، وقد طبع في مصر.
- الحافظ أبو الخطاب عمر بن علي بن محمد المعروف بابن دحية الكلبي: توفي 633 هـ، وله مولد باسم "التنوير في مولد البشير النذير".
- شمس الدين ابن ناصر الدين الدمشقي: توفي 842 هـ، وله مولد باسم "المورد الصاوي في مولد الهادي" وكذلك "جامع الآثار في مولد المختار" و"اللفظ الرائق في مولد خير الخلائق".
- الحافظ شمس الدين ابن الجزري: توفي 660 هـ، إمام القراء، وله مولد باسم "عرف التعريف بالمولد الشريف".
- علي زين العابدين السمهودي: توفي 911 هـ، وله مولد اسمه "الموارد الهنية في مولد خير البرية".
- الحافظ محمد الشيباني المعروف بابن الديبع: توفي 944 هـ.
- ابن حجر الهيتمي: توفي 974 هـ، وله مولد باسم "إتمام النعمة على العالم بمولد سيد ولد آدم".
- الخطيب الشربيني: توفي 1014 هـ، وله مولد باسم "المولد الروي في المولد النبوي".
- المحدث جعفر بن حسن البرزنجي: توفي 1177 هـ، وله مولد باسم "عقد الجوهر في مولد النبي الأزهر"، وهو من أكثر الموالد انتشارًا في البلاد الإسلامية.

ختاماً :
ان فيما قال افذاذ علماء الامة المأتمنون في نقلهم للشرع المصون .. وهم كثرة لايحصون وهم السواد الاعظم في الامة وقد تلقت الامة دينها عنهم بطريق الاسناد الذي لاشك فيه الى الصحب الكرام الى المعلم الاعظم صلى الله عليه وسلم ..وهم اهل الو رع والخشية فهل جميع هؤلاء الرجال الاكابر الفطاحلة في العلم المشهود لهم بالصلاح اجتمعوا على باطل ! سبحان الله ! فمن اين نأخذ ديننا اذاً ومن نثق فيه اذا كان السابقين على باطل وهم من وصل ديننا عن طريقمهم ، عليهم رضوان الله وجزاههم عن الامة خير الجزاء ، وفيما قالوا من بيان لهذا المسألة غنية وكفاية للمتأمل الباحث عن الحق المتخلي عن هواه والله الموفق والهادي ...
Penutup:
Semua perkara yang telah diungkapkan oleh para ulam
a ummah yang dipercayai telah mereka naqalkan melalui syara'.
Jumlah mereka terlalu ramai sehinggakan tidak mampu dikira dan merekalah pengikut yang ramai dalam ummah.
Dan para ummah telah mengambil agama dari mereka melalui sanad yang tidak syak lagi bersambung dengan pemilik mulia kepada guru yang agung Sallallahu Alahi Wassalam. Merekalah golongan yang wara' dan takut.
Adakah mereka semua para ulama ini yang dikagumi ilmu mereka, tambahan pula mereka yang dikenali dengan kesolehannya, mereka berkumpul untuk perkara batil!!
Subhanallah.
Lalu dari mana kita mengambil agama ini dan kepada siapa harus kita percayai jika golongan terdahulu dalam kesesatan. Merekalah yang telah menyampaikan agama kepada kita.
Bagi mereka, mudah-mudahan mendapat keredhaan ALLAH dan ummah mengucapkan jutaan jasa baik kepada mereka.
Adapun semua pandangan mereka dengan penerangan masalah ini adalah sangat berharga dan memadai bagi mereka yang mencari kebenaran yang jauh dari hawa nafsu
Dan Allah Maha memberi taufik dan hidayah.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan