Blog Utama Saya :-

Ahad, 31 Mei 2015

Kitab Ihya' Ulumiddin





Dato' Syeikh Muhammad Fuad menyatakan:Imamul Haramain al-Juwaini,imam kedua Tanah Haram Makkah,beliau pernah duduk di sana selama 4 tahun,beliau adalah merupakan GURU kepada Imam al Ghazali Rodiyallahu Ta'ala 'Anhu.Ketikamana Imam al-Ghazali menulis kitab Usulul Fiqhnya yang pertama yang bernama Al-Mankhul,maka kitab itu diberikan kepada gurunya,Imamul Haramain.Maka Imamul Haramain pun membacanya,menelitinya dan menela'ahnya kemudian menyatakan:Kenapa engkau tidak sempat menunggu aku mati dahulu baru engkau menulis kitab ini? Maknanya seolah2 dengan keluarnya dan terbitnya kitab itu,orang akan mengangkat Imam al-Ghazali lebih dari gurunya iaitu Imamul Haramain al-Juwaini.Sehinggakan Imamul Haramain al-Juwaini menyatakan bahawa Al Ghazaliyu Bahrun Mughriqun yang bermaksud GHAZALI ITU MERUPAKAN LAUTAN YANG MELEMASKAN.Jadi orang kalau tak kena gayanya,yang tak mempunyai keupayaan untuk membaca Kitab Imamul Ghazali maka jangan cuba2 kita hendak membacanya.
Kerana itu guru saya,al-Muhaddith Dr Mahmud Sa'id Mamduh yang menghafaz 100 RIBU HADITH berserta sanad dan matan,beliau menyatakan kepada saya:Kau jangan ajar anak murid engkau Kitab Ihya' Ulumiddin,APA SEBAB?? Sebab kemungkinan mereka tidak memahami apa yang dimaksudkan oleh Imamul Ghazali,sepertimana kita contohnya anak2 kita yang mendengar percakapan kita yang sudah dewasa ini dalam bidang politik ke,dalam bidang ekonomi ke,dalam masalah perniagaan dan sebagainya,dia peduli apa,sebabnya dia tak faham cerita kita.Yang dia faham cerita Sin Chan,yang dia faham cerita Doraemon,dan kita pun tak berminat untuk mendengar cerita mereka sebagaimana mereka tidak berminat mendengar perbahasan kita.Jadi,begitulah kita dengan IMAM AL-GHAZALI.
Tinggal lagi hari ni apabila kita tidak memahami kitab2 tersebut,maka kita terus melemparkan tohmahan yang bukan2 kepada Imam al-Ghazali.Sedangkan Imam an Nawawi mengiktiraf kitab Ihya' Ulumiddin dengan menyatakan: HAMPIR2 IHYA' ULUMIDDIN ITU MENYAMAI ISI KANDUNGAN AL-QURAN.
Tinggal lagi kita tidaklah menafikan bahawa selagimana kitab itu ditulis oleh seorang manusia,selagi itulah kitab itu mempunyai kesalahan;kerana manusia itu MAHALLI KHOTO' WAN NISYAN LA YUSAMMAL INSAN ILLA BINISYANIHI;tidak dinamakan manusia itu dengan INSAN melainkan kerana dia mempunyai sifat lupa,mana ada manusia yang tak lupa,mana ada manusia yang tak bersalah,melainkan Sayyiduna Rasulillah saw,serta para Rasul dan malaikat yang dianugerahkan dengan sifat maksum oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Jadi kita tak nafikan,kemungkinan dalam kitab itu ada kesalahannya,tetapi TIDAKLAH SAMPAI PERINGKAT TAK BOLEH PAKAI disebabkan ada sedikit kesilapan dalam kitab itu,kemungkinan Imam Ghazali menaqalkan hadith yang bukan hadith tetapi pada ijtihadnya,pada pengamatannya bahawa ia menyatakan itu adalah hadith.
Dan meletakkan hadith yang tidak ada asas dalam kitab Ihya' Ulumiddin itu TIDAK DISENGAJAKAN oleh Imamul Ghazali.
Pada pandangannya itu adalah hadith tetapi pada pandangan orang lain itu bukannya hadith,kerana menentukan DARJAT sesuatu hadith ini adalah merupakan HAK orang yang sampai kepada darjat Muhaddithin,mereka berijtihad dalam menentukan sama ada perawi itu thiqah boleh dipercayai ataupun tidak,ataupun teks hadith itu menyamai ataupun tidak menyalahi al-Quran ataupun tidak,itu adalah merupakan IJTIHAD PARA ULAMAK HADITH.Maka TIDAK BOLEH KITA MELEMPARKAN TOHMAHAN YANG BUKAN2 KEPADA IMAM AL-GHAZALI,sehingga peringkat ada orang menyatakan:Marilah bersama2 kita menadah tangan memohon keampunan untuk Imamul Ghazali.YA SALAM!!!!
Kita lihat sendiri Imam Syafie Rodiyallahu 'Anhu ketika menulis kitab Ar-Risalah,kitab Usulul Fiqh yang pertama dalam sejarah Islam,maka Imam Syafie membaca kitab itu di hadapan muridnya sebanyak 70 kali,setiap kali baca,ada saja kesalahan dalam kitab tersebut,70 kali baca,tetap ada kesalahannya,maka Imam asy Syafie menggelengkan kepalanya dan menyatakan:Allah Ta'ala enggan menjadikan adanya kitab yang sempurna selain dari kitab-NYA iaitu al-Quranul Karim,takde kitab yang sempurna,kitab karangan saya pun ada,orang yang ada 100 PHD pun tetap kitab dia ada kesalahan,selagimana yang menulis itu adalah manusia.
Kerana itu kita perlu ADIL dalam masalah tersebut.Kerana itu,berhati2lah apabila membaca kitab2 Imam Ghazali kerana keilmuannya diiktiraf oleh gurunya,Imam al-Juwaini,kita kena UKUR DIRI KITA.Nak beli baju,ikut badan kita.Jangan ikut badan orang lain.Begitulah kitab yang hendak kita baca,kita ukur KEFAHAMAN kita,kita FAHAM ATAUPUN TIDAK?? Kerana apa? Kerana KEFAHAMAN SETIAP MANUSIA ITU BERBEZA antara satu sama lain
-DATO' SYEIKH MUHAMMAD FUAD







Tiada ulasan:

Catat Ulasan